Wednesday, September 05, 2007

Tokwan Saya

Bila abah sms tepat pukul 12pm 24hb Julai 2007,kata tokwan dah meninggal,aku macam tak tau nak pikir ape.Aku baru start keje tempat baru ni tak sampai seminggu.Minggu sebelum tu aku ade balik kampung tengok tokwan aku tapi dia pun dah tak kenal orang.Dah nazak.
Time sampai kat kampung mayat dia dah di kebumikan kami adik beradik tak sempat tengok,rushing dari KL.Sedara-sedara yang dari KL suma tak sempat tengok.
Bila sekarang nak dekat 2bulan kadang-kadang aku teringat kat tokwan aku.Bila aku tengok muka opah aku ,sure aku teringat kat tokwan aku.Last week time Merdeka,kami adik beradik balik Perak, opah aku ade kat rumah kitaorg.Walaupun dia nampak tabah je tapi aku tau dia sunyi,dia selalu cakap kalau duduk kat rumah tak tau nak masak ape,tak tau nak makan ape,tak tau nak sembang dengan sapa dah.Selalunya opah aku akan bebel kat tokwan aku,biasale bebel orang-orang tua.Tokwan aku masa dia ade dia suka pegi kedai kopi kat pekan,dia kayuh basikal je pegi sana,dia tak tau bawa motosikal pun. Masa kitaorg dah besar-besar ni baru kitaorg bawa dia pegi kedai kopi kat pekan tu naik kereta belanja le minum kopi dengan roti canai.
Masa aku kecik-kecik dulu aku tadika kat rumah opah aku dengan adik aku.Kami 3 beradik memang tadika kat situ bile bapak aku balik menetap kat sini.Tiap pagi tokwan aku bawa aku naik basikal hantar pegi Tadika tu kat luar lorong rumah opah aku je.Time kecik aku rasa jauhnye kalau jalan kaki,naik basikal lagi best.Kadang-kadang aku ponteng pegi tadika sebab budak-budak kat tadika tu suka curi mainan aku.Aku ikut tokwan aku pegi kedai kopi,adik aku pun sama tapi dia duduk kat raga depan aku duduk kat seat belakang,kaki adik aku kena ikat dengan kain sebab takut masuk dalam roda basikal.Nama kedai kopi feveret tokwan aku "kedai Jah Maiden".kitaorg dari kecik sure g makan kat kedai tu.Sedap juga mee goreng dia dengan teh tarik.aku rasa le sekarang aku dah lupa rasa dia.Lepas tu ade satu kedai runcit cina tu nama dia "Kedai Mona" ,dulu time nak raya sure tokwan aku belikan bunga api kat kedai mona tu kasi kat kitaorg main, seronok gile time tu bila ingat balik.
Time hujan aku selalu duduk kat tangga batu rumah opah aku, sekarang tangga tu dah takda,selalu sambil lepak ngan tokwan aku dia hisap rokok dunhill dia aku akan nyanyi lagu "Hujan oh Hujan Kenapa Engkau Turun,Macam mana aku tak turun Katak panggil aku sampai habis,lepas tu aku akan tanya tokwan aku kenapa dia suka hisap rokok dia cakap sebab Best,lepas tu aku amik kotak rokok tu dalam tu ade macam emas-emas aku letak kat gigi aku,aku nak buat gigi emas,macam opah aku ade,cool tak?
Tokwan aku senggih je.Bila dah habis masuk darjah 1 aku balik belaja kat rumah aku,kalau tak opah dan tokwan aku suruh duduk kampung belajar sana,tapi mak aku tak bagi.Bila dah besar ni aku balik time raya je or cuti sekolah best betul dulu ade juga aku n adik aku bela arnab tokwan n opah aku jaga.Lepas tu arnab tu lari sebab kawasan rumah opah aku besar lari terus hilang,takpun orang curi.Lepas tu opah aku beli kucing,kucing tu sangat baik nama dia "buang" bila aku tanye opah aku kenapa nama dia "buang" sebab dia kena buang. ;) Kucing tu dah takde pun sekarang dah mati sebab sakit tua.Sejak tu tokwan n opah aku tak bela kucing dah sebab sedih sangat.
Aku pun sedih jugak,sebab kucing tu pandai cium kitaorg,dia feveret opah aku,opah aku treat dia cam cucu opah aku gark.Bila panggil suruh cium dia akan datang dan cium/gesel le pipi kitaorg>sumpah aku tak tipu.
Aku rindu saat-saat masa tu,masa tokwan aku ade....... ;)
Semoga RohNya Di cucuri - Ahmad Bin Dun

3 comments:

Jacqueline said...

God is good, always.

aliff + afifah + adam + ada said...

sabar ya fiez, semoga rohnya dicucuri rahmat..

Anonymous said...

huhuuh sedeh2..adeh..

-aE-
hackerzx.wordpress.com