Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang mulia untuk seluruh umat Islam di serata dunia.Pejam celik pejam celik bulan Ramadhan menjelma lagi,lepas tu bulan Syawal pulak. Cepat betul masa berlalu. Di bulan Ramadhan yang mulia ini masing-masing mengharapkan kemaafan serta keampunan sesama insan moga dapat melaksanakan ibadah puasa di bulan ramadhan. Anyway aku pun tak sure kenapa ayat aku sedikit skema..Hehehe sebab lastweek pegi test kot jadi esei bahasa melayu dia agak skema mungkin terbawak2 sampai hari ni..Hehe.Okle bulan puasa ni harap-harap dapat aku dapat jadi orang yang lebih bagus dah lebih bertakwa. Juga puasa pastille tak penuh tapi harap-harap dapat kumpul pahala sorat tarawih. Di samping itu juga bosan-bosan aku belek buku-buku agama dah lama tak bukakan.Ok juga nak tambah pengetahuan tentang agama ni.
Baru habis baca sebuah buku penerbitan Darul Iman. Penyusunnya Muhammad ‘Alif yang bertajuk Nasihat Imam Syafi’e.Bukunya ringkas sahaja tapi padat.
Ada beberapa petikan nasihat contohnya Nasihat Pertama : Tentang Merantau.
Ciri orang yang berakal dan berbudaya adalah tidak akan tetap tinggal kekal di suatu tempat. Meninggalkan tempat tinggalnya untuk mengembara itulah sebahagian daripada istirehatnya. Pergilah dengan penuh keyakinan. Nescaya engkau akan temui pengganti yang telah engkau tinggalkan. Bekerja keraslah kerana hidup akan terasa nikmat setelah bekerja keras. Apabila aku melihat air yang bertakung, ia akan mengeluarkan bau yang busuk. Andaikan saja ia mengalir, air itu akan terlihat bening dan bersih. Sebaliknya,jika engkau biarkan air itu bertakung, ia akan menjadi kotor.
Singa hutan dapat menerkam mangsanya,setelah ia tinggalkan sarangnya. Dan anak panah yang tajam tidak akan mengenai sasarannya, jika tidak beranjak dari busurnya. Andaikan mentari berhenti selamanya di tengah langit,nescaya seluruh umat dari hujung barat sampai hujung timur akan terasa bosan kepadanya.
Nasihat Ketiga: Tentang Bersahabat.
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, seperti aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah sahabat yang seiring sejalan denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang sanggup bersamaku semasa suka dan duka. Jika aku temui,aku berjanji akan selalu setia kepadanya. Aku hulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin yakin pada diri sendiri.
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.Dan bersikaplah seperti seorang pendeta dalam menghadap manusia.Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka,kelak kau akan memperolehi kebaikannya.Sepanjang usiaku yang semakin tua,belum pernah aku temui di dunia ini teman yang sejati.Aku tinggalkan orang-orang yang bodoh kerana banyak kejahatan dan aku jauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
Nasihat Kesembilan : Tentang Menghargai Orang
Engkau derhaka kepada Allah S.W.T dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya.Ini adalah sesuatu kemustahilan.Apabila engkau benar-benar mencintai-Nya,pastilah engkau taati semua perintah-Nya. Sesungguhnya orang menaruh cinta tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.Dia telah kirimkan nikmat-Nya kepadamu setiap saat. Dan tidak ada rasa syukur yang engkau panjatkan kepada-Nya.
Semua orang menyenangi wanita, tetapi mereka berkata:”Mencintai wanita adalah awal sebuah derita.” Bukan wanita yang membuat derita, tetapi mencintai wanita yang tidak mencintaimulah yang akan menciptakan derita buatmu.
(Yaqut Al-Hamawi meriwayatkan dari Ibn Umar Al-Syafi’i;dia mengatakan bahawa Abu Abdillah Al-Syafi’I pernah menikahi seorang wanita Quraisy di Makkah. Kemudian Al-Syaf’I pernah bersenda gurau dengan isterinya itu dan mengatakan;) Di antara melapetaka yang sangat dahsyat adalah jika kamu mencintai wanita atau lelaki yang tidak mencintai kamu. Ia akan selalu berpaling daripadamu. Meskipun kamu menungguinya dengan penuh kesabaran, ia tidak akan mengendahkanmu.
Aku mencintai orang-orang soleh,meskipun aku belum termasuk golongan mereka. Aku tetap berharap semoga aku mendapatkan syafaat daripada mereka.Aku membenci orang-orang derhaka mesipun sebenarnya mungkin aku pun termasuk golongan mereka.
Wallahu A’lam.

No comments:
Post a Comment